Setiausaha Perikatan Nasional (PN) Selangor, Muhammad Hilman Idham menafikan sekeras-kerasnya bahawa Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telah mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan mana-mana pemimpin Pkr seperti dilaporkan.<br /><br />Beliau percaya ia hanya spekulasi yang direka sebagai strategi jahat untuk menimbulkan keraguan dan kesangsian dalam kalangan anggota Bersatu dan Perikatan Nasional terhadap komitmen Mohamed Azmin.